Friday, 17 January 2014

Kenapa susu Cair??Rahsia susu ibu yang ramai tak tahu

Assalamualaikum dan salam satu dunia...

Adakah anda ibu yang sedang berusaha untuk menyusukan anak secara eksklusif??Namun ada perkara yang amat merunsingkan para ibu yang ingin menyusukan baby dengan susu ibu iaitu kenapa susu saya cair?? Kenyang ke baby saya nanti?

Jom kita kenal dahulu jenis susu.Susu terbahagi kepada dua bahagia iaitu 

1) Foremilk - Susu yang awal keluar semasa menyusu. Biasanya ia cair sahaja.
2) Hindmilk- Susu bahagian belakang iaitu susu pekat yang keluar selepas beberapa minit proses penyusuan berlangsung.


Ada yang bertanya pada saya macam mana nak pekatkan susu??
Perlu anda ketahui bahawa pekat atau cair susu anda adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu:

1. Cuaca- Ramai para ibu tak tahu bahawa foremilk mengandungi sangat banyak vitamin, manakala hindmilk content majoriti adalah lemak. Bila waktu panas, secara automatik payudara akan menghasilkan foremilk. Secara logik pun, jika cuaca panas, baby pun akan panas dan perlukan banyak air (foremilk). 
Jika cuaca sejuk pula, baby memerlukan hindmilk kerana bayi memerlukan tenaga dari lemak dan carb untuk memanaskan badan, maka susu yang dihasilkan lebih pekat. Subhanallah!

2. Pemakanan- Pemakanan para ibu juga mempengaruhi air susu yang dihasilkan. Apabila ibu minum air kosong banyak, maka didapati air susu menjadi lebih cair(bukan bermakna tidak elok sebenarnya, malah lebih elok lagi). 
Apabila ibu mengambil makanan tinggi protien, maka susu yang dihasilkan lebih pekat. 
Apabila ibu memakan halba, susu akan menjadi cair, manakala  apabila ibu memakan oats susu menjadi lebih pekat.
Oleh itu, para ibu dinasihatkan mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. InsyaAllah, air susu yang dihasilkan berkualiti.

3. Kekerapan memerah susu
Apabila payudara kerap dikosongkan samada melalui perahan atau penyusuan terus, badan akan memberi signal bahawa susu kurang. Susu perlu dihasilkan lebih banyak lagi. Sebab itu susu yang pekat akan dihasilkan bagi menampung keperluan nutrien bayi. Oleh itu para ibu perlu memastikan payudara dikosongkan supaya penghasilan susu ibu tidak terganggu.


Kesimpulannya, tidak kira sama ada susu yang dihasikan pekat atau cair, perlu ditanamkan dalam minda para ibu bahawa susu ibu adalah susu yang terbaik dan tiada tandingannya. Allah menciptakan susu ibu adalah yang terbaik untuk anak kita. Dalam Islam pun begitu menggalakkan penyusuan susu ibu sehingga berumur 2 tahun. 

Semoga anda kuat untuk menyusukan bayi anda secara eksklusif! =)



Salam sihat& cantik,
Pn Nurul
Shaklee Indipendent Distributor (ID No: 910815)
sms/whatsapp-013-2066496


No comments:

Post a Comment