Pada umumnya, ramai ibu yang mengalami masalah kekurangan susu selepas bersalin.Tidak kira sama untuk anak pertama atau seterusnya. Seakan-akan hampir tiada langsung susu ibu yang keluar walaupun setitis selepas bayi dilahirkan. Situasi ini juga berlaku pada saya...Mengapa situasi ini berlaku?
Jangan gusar atau kecewa bagi para ibu yang ingin menyusukan bayi secara eksklusif. Perkara ini adalah normal. Kenapa susu kurang selepas bersalin?? Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan susu ibu kurang selepas bersalin. Antaranya adalah kerana kolustrum atau susu awal ibu hanya mula dihasilkan sepenuhnya pada hari ketiga hingga hari kelima selepas bayi dilahirkan. Pada hari pertama kelahiran, perut bayi adalah hanya sebesar biji guli sahaja. Jadi susu awal yang dikeluarkan pada hari pertama adalah mencukupi untuk bayi anda kerana bayi anda hanya memerlukan 5-7ml atau separuh sudu besar sahaja. Oleh itu, para ibu tidak perlu gusar susu kurang atau tidak mencukupi. Apa yang penting, biarkan bayi anda melekap pada payudara sebaik sahaja selepas kelahiran bagi menikmati susu anda.
Namun begitu, keperluan susu bayi akan meningkat dari semasa ke semasa. Selepas hari ketiga selepas kelahiran, perut bayi akan menjadi sebesar bola pingpong. Seiring dengan keperluan bayi, susu ibu juga seharusnya bertambah. Terdapat beberapa tips untuk memastikan susu anda bertambah dengan jayanya. Antaranya adalah:
1) Mematuhi konsep DEMAND AND SUPPLY. Apabila bayi anda meminta susu, maka berikanlah susu secara terus kepada bayi tanpa gangguan puting mahupun botol susu. Penyusuan secara terus adalah sangat membantu dalam penghasilan susu ibu. Ini kerana lebih banyak permintaan, maka lebih banyak susu ibu yang akan dihasilkan. Oleh itu, susukan bayi anda sekerap yang mungkin.
2) Jangan ambil jalan mudah dengan memberikan susu formula kepada anak anda. Ini kerana, ia akan mengganggu atau mengurangkan penghasilan susu ibu. Susu ibu akan semakin berkurang jika susu formula telah mula diberikan kepada bayi anda.
3) Yakin Susu anda mencukupi. "Mind setting" adalah amat penting dalam hal ini. Jika kita tanamkan dalam minda kita susu kurang...susu kurang, maka secara automatik susu kita juga akan berkurang. Maka, tanamkan dalam minda, "Insyaallah, susu aku cukup untuk anak aku", "Susu aku mesti cukup". Apabila otak memikirkan susu cukup, maka signal akan dihantar oleh otak ke hormon penghasilan susu. Maka susu akan dihasilkan.Ajaib kan?
4) Teliti cara lekapan bayi anda semasa menyusu. Mungkin berlaku di kalangan bayi mengamuk kerana berasa tidak puas..Dapatkan khidmat nasihat jururawat atau pakar laktasi atau melihat info Cara lekapan menyusu bagi memastikan cara lekapan bayi semasa menyusu adalah betul bagi memastikan bayi mendapat susu ibu sebaiknya.
5) Pastikan anda minum air kosong 2-3liter sehari. Banyak nye air nak kena minum..Boleh ke berpantang minum air banyak?? Semestinya boleh! kerana komponen utama susu ibu adalah air. Jika air dalam badan ibu tidak mencukupi, bagaimana susu boleh dihasilkan dengan banyak? Oleh itu, pastikan anda minum air secukupnya bagi penghasilan susu secukupnya untuk bayi anda.
6) Pastikan payudara anda benar-benar kosong selepas bayi anda menyusu. Jika anda berasa payudara anda masih penuh, namun bayi anda telah tidur, maka sebaiknya anda pam susu keluar bagi merangsang penghasilan susu seterusnya.
7) Akhir sekali, ambil makanan yang boleh membantu pengeluaran susu seperti kurma, kismis, susu dan makanan berprotien tinggi. Jika anda tidak boleh minum susu, anda boleh mengambil inisiatif dengan mengambil Ostematrix. Anda juga boleh mengambil ESP jika khuatir bekalan protien tidak mencukupi. Ostematrix dan ESP Shaklee adalah sangat membantu bagi ibu yang menglami maslah kurang susu pada awal kelahiran. Ia juga bertidak sebagai 'Milk Booster"
Nak Hasilkan susu banyak seperti dibawah??
Sms/whatsapp "MILK BOOSTER" ke 013-2066496
Jika kawan-kawan kita boleh, saya yakin, anda juga boleh!! Jom sokong penyusuan ibu...
Salam sihat& cantik,
Pn Nurul
Shaklee Indipendent Distributor (ID No: 910815)
sms/whatsapp-013-2066496
Pn Nurul
Shaklee Indipendent Distributor (ID No: 910815)
sms/whatsapp-013-2066496
No comments:
Post a Comment