Showing posts with label TIPS IBU HAMIL. Show all posts
Showing posts with label TIPS IBU HAMIL. Show all posts

Saturday, 8 March 2014

Cara Untuk Mengandung

Rezeki sememangnya datang dari Allah..Namun, kita sebagai hambanya hendaklah berusaha sedaya yang mungkin untuk mengandung. Ada yang bertanya ada tak tips untuk mudah hamil?? Sudah banyak cara yang digunakan, namun masih belum membuahkan hasil..Ada juga yang sudah berputus asa..Jangan begitu ya...Selagi nyawa dikandung badan, kita seharusnya berusaha..Terdapat beberapa tips yang hendak kongsikan dan semoga ianya membantu anda yang masih belum dikurniakan zuriat.


1) Berdoa bersungguh-sungguh

Kita hendaklah berdoa kepada Allah setelah kita berusaha sedaya upaya. Banyakkan solat taubat, solat tahajjud, solat hajat dan dhuha moga kita dimurahkan rezeki untuk memperolehi zuriat. Selain itu, berdoalah pada waktu-waktu doa dimaqbulkan seperti waktu hujan lebat, selepas solat, ketika berpuasa, antara dua khutbah dan sebagainya. Apa yang penting, jangan berputus harap terhadapNya..

2) Ketahui Waktu Subur Anda

Bagi orang perempuan, jika ingin mengandung perlulah tahu waktu suburnya iaitu lebih kurang 2minggu dari hari pertama period. Untuk lebih mudah, anda boleh install aplikasi "WOMAN LOG" di handphone anda. Melalui aplikasi ini, anda boleh mengetahui lebih tepat tarikh subur anda.Jadi, pada waktu itu, anda boleh lah berusaha..=)

3) Membuat Temujanji dengan Doktor

Setelah anda mencuba pelbagai cara, namun masih belum membuahkan hasil,anda sepatutnya bertemu dengan doktor dan kedua-dua pasangan perlulah membuat pemeriksaan. Jika tiada masalh pada kedua-duanya, so sepatutnya tiada masalah untuk anda mendapatkan masalah. Anda boleh mencuba SET KESUBURAN SHAKLEE.



4) Mengamalkan hidup yang sihat

Pemakanan dan cara hidup juga mempengaruhi tahap kesuburan seseorang itu. Jika seseorang itu gemar makan makanan merapu atau makanan segera, sudah tentunya menjejaskan tahap kesuburan.Bagi wanita atau lelaki yang mengalami berat badan yang berlebihan seelok-eloknya turunkan berat badan untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Selain itu, pasangan digalakkan untuk melakukan senaman dua kali seminggu.
Bagi yang merokok, wajiblah berhenti merokok kerana terdapat banyak kesan sampingan daripada rokok ini. Bagi  perempuan yang merokok, ia mengganggu paru-paru dan organ peranakan. Bagi lelaki pula semestinya merosakkan paru-paru dan menyebabkan kuantiti sperma yang dihasilkan sedikit. Jika sperma yang dihasilkan terlalu sedikit, jadi bagaimana nak disenyawakan dengan ovum..Oleh itu, berhenti merokok dan mengambil minuman berakohol.



5) Mengambil makanan tambahan atau vitamin

Oleh kerana kehidupan kita sekarang yang sibuk dan keadaan persekitaran yang tidak sihat, jadi kita sering kekurangan zat dan nutrien. Oleh itu, kita perlulah mengambil makanan tambahan bagi menampung kekurangan zat dalam badan. Bagi anda yang ingin hamil perlulah mengambil vitamin untuk subur. Anda boleh mencuba SET KESUBURAN Shaklee. Telah banyak orang yang berjaya dengan izinNya. Jadi tiada salahnya anda mencuba jika anda betul-betul inginkan kehamilan.

Jika anda ingin dapatkan set kesuburan taau ingin bertanya selanjutnya bolehla sms/whatsapp nurul di 0132066496. Insyaallah, saya akan bantu anda dengan memberikan konsultansi yang terbaik.


SET ASAS KESUBURAN



Salam sihat& cantik,
Pn Nurul
Shaklee Indipendent Distributor (ID No: 910815)
sms/whatsapp-013-2066496
fb:  https://www.facebook.com/FarmasiPakarSihatDanCatik


Friday, 7 March 2014

Amalan Ibu Mengandung



Bagi setiap pasangan yang berkahwin sememangnya mengimpikan zuriat. Adalah satu nikmat wanita yang mampu mengandung dan seterusnya melahirkan anak.
Jadi, sudah tentu kita sedaya mungkin untuk memberikan yang terbaik untuk zuriat kita. Antara amalan ibu mengadung yang boleh diamalkan adalah: 

1. Ibu bapa perlu rajin bersolat supaya anak mudah mendapat hidayah dari Allah.
2. Banyakkan bersedekah bagi melahirkan anak berjiwa lembut
3. Banyakkan berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan semasa kelahiran.
4. Banyakkan berzikir kepada Allah. Suami juga digalakkan untuk berzikir.
5. Sentiasa bertaubat dan beristighfar supaya Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang telah dilakukan sama ada sengaja mahupun tidak sengaja. 
6. Sempurnakan solat wajib dan amalkan solat sunat seperti solat taubat, hajat dan tahajjud.
7. Berbual dengan anak di dalam kandungan sambil mengusap-usap perut. Insyaallah, anak anda pasti mendengarnya.
8. Banyakkan membaca buku-buku ilmiah seperti kisah-kisah nabi dan para sahabat.
9. Membuat banyak latihan yang mencabar minda seperti word puzzle, sudoku atau latihan matematik supaya anak yang bakal dilahirkan tajam pemikirannya.
10. Banyakkan membaca Al-Quran dan surah-surah amalan
11. Banyakkan makan makanan berkhasiat, vitamin/suplemen dan makanan sunnah seperti kismis, kurma, madu dan kekacang.
12. Menjaga adab dan emosi sepanjang mengandung kerana sifat itu akan diwarisi oleh anak.
13. Membuat kerja-kerja ringan di rumah sebagai satu senaman bagi memudahkan proses kelahiran.
14. Jauhi sifat dendam, dengki serta sifat mazmumah dalam diri.
15 Jaga emosi sepanjang kehamilan dan elakkan daripada stress kerana emosi negatif mampu mempengaruhi anak di dalam kandungan.


Jika berminat untuk mendapatkan SET MENGANDUNG boleh hubungi saya di talian 0132066496(nurul)

Salam sihat& cantik,
Pn Nurul
Shaklee Indipendent Distributor (ID No: 910815)
sms/whatsapp-013-2066496
fb:  https://www.facebook.com/FarmasiPakarSihatDanCatik

Saturday, 1 March 2014

Tanda-Tanda Awal Kehamilan

Bagaimana nak tahu bahawa diri kita ni mengandung atau tak..Nak pergi check malas..Jadi, terdapat beberapa tanda yang menunjukkan diri anda hamil. Namun tidak 100% anda hamil jika terdapat sindrom-sindrom di bawah. Antara tanda-tandanya adalah:





1) Kelewatan Haid

Kelewatan haid adalah salah satu tanda yang paling umum untuk menunjukkan diri anda mengandung.Anda perlu membuat ujian air kencing untuk tindakan selanjutnya. Jika kitaran haid anda memang tidak teratur, kemungkinan besar haid anda lewat adalah disebabkan cara pemakanan, stress atau keletihan.

Friday, 28 February 2014

Kalsium Ketika Hamil..Adakah sangat penting?

Assalamualaikum semua..Salam satu dunia...Hari ni nak share satu benda yang sangat penting untuk semua wanita hamil ambil tahu..Ia adalah mengenai pengambilan kalsium sepanjang tempoh kehamilan. Adakah kalsium ni sangat penting? Ya, kalsium adalah sangat penting terutamanaya kepada wanita hamil kerana kalsium adalah nutrien yang diperlukan dalam badan untuk membina tulang dan gigi yang kuat.
Kalsium juga membolehkan otot dan saraf berfugsi dengan betul dan jantung dapat berdegup dengan kencang.


Jika kalsium yang diambil oleh ibu mengandung tidak mencukupi, ia akan menyebabkan anda berisiko menghadapi osteoporosis yang mengakibatkan  penipisan tulang, tulang mudah rapuh dan pecah. Ini kerana, kalsium yang dihasilkan oleh anda telah digunakan untuk bayi dalam kandungan anda.

Thursday, 27 February 2014

Suplemen atau Vitamin yang Boleh Diambil Semasa Mengandung

Sesetengah nutrien yang terdapat dalam diet normal adalah tidak mencukupi. Oleh itu, ibu mengandung seharusnya mengambil multivitamin atau suplemen tambahan untuk keperluan seharian semasa mengandung. Sebagai contoh, jumlah zat besi yang diperlukan semasa kehamilan adalah 2 kali ganda untuk memenuhi permintaan yang bertambah. 

Bagi ibu mengandung yang mempunyai anemia, pengambilan multivitamin dan suplemen zat besi perlulah diambil setiap hari. Jika ibu hamil kekurangan vitamin, ditakuti anak yang bakal lahir tidak sihat atau ibu hamil sendiri yang mengalami masalah seperti sembelit, sakit belakang, kejang otot dan sebagainya. 

Jadual di bawah mungkin dapat membantu anda dalam membuat jadual makan supaya nutrien yang anda dan bayi dalam kandungan anda perolehi itu mencukupi.

Wednesday, 26 February 2014

Persoalan Mengenai Omega-3

Semasa mengandung, kita begitu digalakkan untuk mengambil makanan yang berkhasiat supaya anak yang dikandung dan ibu mengandung berada dalam keadaan sihat.

Pernah dengar tak, minyak ikan begitu baik untuk ibu mengandung? Ok, kalau tak pernah dengar, jom kita lihat persoalan yang selalu timbul mengenai Omega-3 ni..


Apakah Omega-3 ni??


- Omega-3  adalah rantaian panjang asid lemak poli tak tepu yang merupakan nutrien penting untuk kesihatan dan perkembangan badan. Namun, ianya tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia dan mesti diperolehi dari vitamin, suplemen atau makanan tambahan.
- Kajian menunjukkan Omega-3 yang paling bermanfaat adalaha EPA dan DHA. Setiap asid lemak mempunyai manfaat yang unik. EPA penting untuk mengurangkan risiko penyakit jantung, sistem imun dan tidakbalas keradangan. DHA membantu untuk meningkatkan kepintaran otak,mata dan sistem saraf utama.
Oleh itu, ianya sangat penting untuk ibu mengandung, bayi dalam kandungan dan ibu yang sedang menyusu.
Ia juga amat berguna kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam pembelajaran. 

Saturday, 22 February 2014

Khasiat Minyak Ikan kepada Ibu Hamil

Apabila seseorang itu mengetahui dirinya hamil, pasti terukir kegembiraan di bibir dan rasa tak sabar nak menanti kelahiran orang baru. Pelbagai persiapan dilakukan seperti membeli baju, pampers, stroller, car seat dan sebagainya. Semua persediaan fizikal telah disediakan. Namun persediaan mental bayi?Adakah diberi keutamaan?Adakah anda makan makanan berkhasiat, bersenam, mengambil supplemen dan sebagainya..

Jom harini saya ceritakan bagaimana nak mendapatkan anak bijak dan mempunyai IQ yang tinggi. Seperti  yang kita ketahui, semasa bayi dalam kandungan, apa yang ibu makan, itulah yang bayi akan dapat. Jadi, jika ibu makan makanan yang berkhasiat, Insyaallah bayi turut mendapat khasiatnya..Jika ibu hamil makan makanan yang merapu?? Sudah tentu effect nya pada bayi juga.

Friday, 21 February 2014

Keperluan Protien Untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum semua....

Hari ni sy nak share kenapa protien sangat penting untuk ibu hamil..Selalunya apabila seseorang tu tahu dirinya hamil, pasti bergegas nak beli susu kan..Ini supaya kandungan sihat, mahukan sumber protien, kalsium, energi, iron dan sebagainya.Macam mana nak dapatkan sumber protien yang terbaik??Jawapannya adala ESP(Energizing Soy Protien). ESP adalah serbuk protien yang terbaik yang tidak dihasilkan secara ginetik. Walaupun set asas bagi hamil hamil adalah Vitalea, b-complex, vitamin c dan ostematrix, tetapi penambahan ESP juga adalah penting bagi memastikan ibu hamil mendapat sumber protien yang mencukupi..

Antara kebaikan ESP untuk ibu mengandung:

Thursday, 20 February 2014

Tips Mengatasi Bengkak Kaki Ketika Hamil




Antara masalah yang sering dihadapi oleh ibu mengandung adalah bengkak kaki. Badan kita menghasilkan kira-kira 50% lebih cecair dalam badan untuk memenuhi keperluan bayi yang sedang berkembang.

Wednesday, 19 February 2014

Lima Tips Segar Sepanjang Hamil



Kekal cergas dan dapat memberi komitmen pada kerja adalah harapan setiap ibu hamil. Amalan yang patut di amalkan adalah dengan bersenam. Senaman memang bagus untuk ibu hamil kerana terdapat pelbagai manfaat di sebaliknya. Antara manfaat yang anda akan perolehi adalah:

Sunday, 9 February 2014

Perkembangan janin

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan




Bulan pertama

Kandungan ketuban merupakan kumpulan air ketuban yang terbentuk mengelilingi telur yang telah disenyawakan. Ia membantu bayi berada dalam keadaan selesa semasa di dalamnya sepanjang kehamilan.Uri yang terbentuk adalah bulat dan leper.Organ ini memindahkan zat makanan daripada anda kepada bayi dan menjadi perantara bahan buangan daripada bayi.

Wajah primitifnya mula terbentuk dengan bulatan besar gelap yang merupakan matanya.Mulut,rahang bawah dan tekak turut terbina.Begitu juga degan sel darah. Di akhir bulan kehamilan, bayi adalah sekitar 6mm-7mm iaitu sama seperti sebutir beras.

Saturday, 8 February 2014

Khasiat Minyak Ikan kepada Ibu Hamil

Assalamualaikum semua..Salam ceria untuk anda yang saya sayangi. Harini nak kongsi tentang kebaikan Omega ataupun minyak ikan..Apa kelebihannya pada ibu hamil..penting sangat ke?

Friday, 24 January 2014

Vitamin Terbaik untuk Ibu Hamil yang Dicadangkan oleh Doktor

Setiap ibu hamil perlu menitik beratkan pengambilan vitamin dan mineral dalam pemakanan harian. Seiring dengan pertambahan usia kandungan, keperluan nutrian atau khasiat pemakanan turut meningkat. Ini penting bagi menjamin kesihatan anda dan bayi dalam kandungan.