Tuesday 14 January 2014

Inverted Nipple (Puting Tenggelam) Bolehkah Menyusu Bayi??

Adakah anda salah seorang yang mempunyai puting tenggelam atau puting leper? Ramai yang masih beranggapan masalah inverted nipple (puting tenggelam) atau flat nipple (puting leper) adalah penghalang bagi mereka untuk menyusukan bayi mereka dengan susu ibu.


Contoh Inverted Nipple (Puting Tenggelam),Flat Nipple (Puting Leper)





Adakah anak anda menghisap pada bahagian puting sahaja??Jika ya,  ini akan menyebabkan puting luka dan melecet. Sepatutnya, mulut bayi perlu melekap pada areola (bulatan gelap pada payudara) semasa menghisap susu ibu. Justerua itu, para ibu perlu memastikan bayi menyusu susu ibu dengan posisi yang betul dan melekap pada areola dan bukan puting sahaja yang boleh menyebabkan puting luka.



Oleh itu, para ibu yang mempunyai inverted nipple atau flat nipple tidak perlu risau untuk menyusukan bayi ketika bayi lahir. Ini kerana, selepas beberapa ketika menyusukan bayi secara terus dengan susu ibu, maka inverted nipple atau flat nipple ini dapat diatasi, malah akan menjadi normal dan InsyaAllah, penusuan susu ibu akan bertambah mudah.

Tips Penyusuan Susu Ibu bagi yang Mempunyai Masalah Inverted Nipple dan Flat Nipple

  • Yakin bahawa anda mampu menyusukan bayi dengan susu ibu sejak anda mengandung lagi.
  • Sebaik sahaja bersalin, susukan bayi anda dengan susu ibu secara terus dengan cepat. Jangan gunakan puting tiruan atau botol susu.
  • Pastikan mulut bayi anda melekap pada areola payudara dan bukan pada puting sahaja yang menyebabkan puting luka dan melecet. 
  • Jika bayi anda masih tidak mahu menyusu secara terus, pam keluar puting anda menggunakan pam susu dan cepat-cepat suakan payudara pada bayi anda.
  • Tabah dan pujuklah bayi anda dengan lembut jika bayi anda mengamuk supaya bayi anda ingin menyusu dengan susu ibu dan jangan cepat mengalah.
  • Pastikan anda minum air secukupnya dan makan makanan yang berzat seta mengambil supplement menyusu bagi memastikan susu yang dihasilkan banyak dan berkualiti!
Apa pun keadaan puting anda, saya yakin mommies semua mampu menyusukan bayi anda dengan susu ibu sekurang-kurangnya selama 2tahun secara penuh. Saya amat menyokong penyusuan susu ibu kerana susu ibu adalah ibarat titisan emas buat anak anda! Selamat maju jaya untuk mommies semua.

Jangan segan silu untuk mendapatkan khidmat nasihat dan tips penyusuan dari saya. Insyaallah, saya akan cuba membantu!


Salam sihat& cantik,
Pn Nurul
Shaklee Indipendent Distributor (ID No: 910815)
sms/whatsapp-013-2066496

No comments:

Post a Comment