Monday 21 October 2013

Cara Mengatasi Selsema pada Bayi

Pernah tak anak anda menangis semalaman kerana tak dapat tidur dek kerana hidungnya tersumbat kerana selsema. Apa yang anda buat?Terus bagi ubat selsema or mencuba cara tradisional...Bagi bayi di bawah 1 tahun, tidak digalakkan untuk terus ambil ubat melainkan dengan nasihat doktor. Oleh itu, apa yang saya amalkan adalah:

1) Memberi sekerap yang mungkin susu ibu kepada bayi.

2) Meletakkan kunyit hidup yang disagat pada pada batang hidung hingga ke dahi dan ubun-ubun bayi.Kalau x tau macam mana rupe kunyit hidup, ni adalah contoh kunyit hidup..Boleh dapatkan kat pasar.


3) Balut badan bayi supaya bayi merasa hangat dan tenteram.
4) Jauhkan bayi daripada orang merokok.Kerana asap rokok boleh membuatkan selsema bayi bertambah teruk.
5)Berikan madu kepada bayi berumur 2tahun ke atas.
6) Sapukan minyak telon atau minyak serai pada ubun-ubun dan tapak kaki bayi.
7) Pakaikan topi pada bayi anda terutamanya pada waktu pagi dan malam.
8)Bagi ibu yang menyusukan bayi selsema, boleh ambil supplement untuk menambahkan antibodi bayi seperti Vitamin -C, Nutriferon,Vita-Lea dan Omega-Guard.




Saya harap sikit perkongsian ini dapat membantu anda semua!=)

No comments:

Post a Comment