Sunday 19 January 2014

Cara Perah Susu Ibu----Ramai Ibu Tidak tahu

Bagi para ibu yang bekerja, selepas bersalin mesti terfikir bagaimana nak buat stok susu untuk anak. Dalam waktu pantang memang adalah waktu terbaik untuk membuat stok susu bagi anak anda!  Jangan bersedih atau gusar jika susu yang diperah itu sedikit. Saya juga pernah mengalami susu yang diperah amat sedikit. tak sampai 1oz. Alangkah sedihnya. 

Namun jangan putus asa jika anda mengalami situasi yang sama. Teruskan memerah dan jadikan ia rutin. Anda boleh mengepam 6-7 kali dalam sehari. Pastikan setiap sesi mengepan, breast anda benar-benar kosong..


Terdapat beberapa teknik yang boleh diamalkan oleh para ibu ;





1) Memerah dengan tangan

-Bagi ibu moden, jangan tak tahu, anda boleh mengepam susu menggunakan tagan juga.  Ia adalah tenik terbaik selepas 2-3hari selepas kelahiran.
-Bersihkan tangan anda dan sedikan bekas yang bersih.
-Anda boleh lakukan sesi pemerahan dalam keadaan duduk atau berdiri. Pastikan anda selesa.
-Lakukan sedikit urutan pada breast (urut dari atas ke bawah) dan gentel pada puting breast untuk memberi rangsangan.
- Tuam sedikit payudara untuk memberi rangsangan
-Tekan payuara kearah dada
-Perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan.Teruskan memicit sehingga susu keluar.
-Perah susu anda dalam bekas steril yang bersih
-Tukar posisi jari  mengikut utara-selatan,timur barat,tenggara - barat laut, barat daya-timur laut..(means dari semua sudut puting)
-Ulang proses pemerahan sehingga tiada lagi titisan susu
- Tukar pada payudara yang sebelah lagi.
-Perah secara bergilir 5-10 minit bagi setiap payudara.
- Last sekali petuanya, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara. Ini adalah salah satu rangsangan dan mengelakkan pedih puting dek kerana hisapan baby yang kuat.





2) Memerah mengunakan pam susu

-Basuh tangan dengan bersih sebelum proses mengepam bermula
-Pastikan anda berada dalam keadaan selesa sebelum mengepam.
- Rangsang puting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (left-down-reflex)
-Posisikan  puting payudara dalam corong breast shield. (Jika sakit ketika memerah, anda perlu dapatkan getah reflex pada corong pemerah susu. Boleh didapati di kedai jual alatan penyusuan bayi)
- Mula mengpam pada kelajuan yang paling rendah (jika menggunakan elektrik/bateri)
- Boleh laraskan pam ikut keselesaan anda
-Pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir
-Masa mengepam antara 10-20minit setiap satu breast (bergantung juga pada induvidu)



Tips-Tips Lain

1. Urut payudara dan beri rangsangan pada puting 
2. Memerah susu sekerang yang mungkin.Perahan yang kerap adalah lebih baik dan berkesan dalam penghasilan susu berbanding memerah dalam tempoh yang lama dalam satu sesi pemerahan.
3. Suasana dan keadaan semasa memerah mestilah selesa dan tenang.
4. Patuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8pg-5ptg)
5. Para ibu digalakkan memerah susu pada waktu malam kerana penghasilan susu pada waktu malam adalah aktif.
6. Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil sebelah payudara dihisap oleh baby.
7. Bagi para Ibu yang Islam juga digalakkan berzikir semasa sesi perahan ( Ya Latif-untuk melembutkan hati anak2)


"Happy Breastfeeding!"


Salam sihat& cantik,
Pn Nurul
Shaklee Indipendent Distributor (ID No: 910815)
sms/whatsapp-013-2066496



No comments:

Post a Comment