Friday 28 February 2014

Kalsium Ketika Hamil..Adakah sangat penting?

Assalamualaikum semua..Salam satu dunia...Hari ni nak share satu benda yang sangat penting untuk semua wanita hamil ambil tahu..Ia adalah mengenai pengambilan kalsium sepanjang tempoh kehamilan. Adakah kalsium ni sangat penting? Ya, kalsium adalah sangat penting terutamanaya kepada wanita hamil kerana kalsium adalah nutrien yang diperlukan dalam badan untuk membina tulang dan gigi yang kuat.
Kalsium juga membolehkan otot dan saraf berfugsi dengan betul dan jantung dapat berdegup dengan kencang.


Jika kalsium yang diambil oleh ibu mengandung tidak mencukupi, ia akan menyebabkan anda berisiko menghadapi osteoporosis yang mengakibatkan  penipisan tulang, tulang mudah rapuh dan pecah. Ini kerana, kalsium yang dihasilkan oleh anda telah digunakan untuk bayi dalam kandungan anda.

Thursday 27 February 2014

Suplemen atau Vitamin yang Boleh Diambil Semasa Mengandung

Sesetengah nutrien yang terdapat dalam diet normal adalah tidak mencukupi. Oleh itu, ibu mengandung seharusnya mengambil multivitamin atau suplemen tambahan untuk keperluan seharian semasa mengandung. Sebagai contoh, jumlah zat besi yang diperlukan semasa kehamilan adalah 2 kali ganda untuk memenuhi permintaan yang bertambah. 

Bagi ibu mengandung yang mempunyai anemia, pengambilan multivitamin dan suplemen zat besi perlulah diambil setiap hari. Jika ibu hamil kekurangan vitamin, ditakuti anak yang bakal lahir tidak sihat atau ibu hamil sendiri yang mengalami masalah seperti sembelit, sakit belakang, kejang otot dan sebagainya. 

Jadual di bawah mungkin dapat membantu anda dalam membuat jadual makan supaya nutrien yang anda dan bayi dalam kandungan anda perolehi itu mencukupi.

Wednesday 26 February 2014

Persoalan Mengenai Omega-3

Semasa mengandung, kita begitu digalakkan untuk mengambil makanan yang berkhasiat supaya anak yang dikandung dan ibu mengandung berada dalam keadaan sihat.

Pernah dengar tak, minyak ikan begitu baik untuk ibu mengandung? Ok, kalau tak pernah dengar, jom kita lihat persoalan yang selalu timbul mengenai Omega-3 ni..


Apakah Omega-3 ni??


- Omega-3  adalah rantaian panjang asid lemak poli tak tepu yang merupakan nutrien penting untuk kesihatan dan perkembangan badan. Namun, ianya tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia dan mesti diperolehi dari vitamin, suplemen atau makanan tambahan.
- Kajian menunjukkan Omega-3 yang paling bermanfaat adalaha EPA dan DHA. Setiap asid lemak mempunyai manfaat yang unik. EPA penting untuk mengurangkan risiko penyakit jantung, sistem imun dan tidakbalas keradangan. DHA membantu untuk meningkatkan kepintaran otak,mata dan sistem saraf utama.
Oleh itu, ianya sangat penting untuk ibu mengandung, bayi dalam kandungan dan ibu yang sedang menyusu.
Ia juga amat berguna kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam pembelajaran. 

Saturday 22 February 2014

Khasiat Minyak Ikan kepada Ibu Hamil

Apabila seseorang itu mengetahui dirinya hamil, pasti terukir kegembiraan di bibir dan rasa tak sabar nak menanti kelahiran orang baru. Pelbagai persiapan dilakukan seperti membeli baju, pampers, stroller, car seat dan sebagainya. Semua persediaan fizikal telah disediakan. Namun persediaan mental bayi?Adakah diberi keutamaan?Adakah anda makan makanan berkhasiat, bersenam, mengambil supplemen dan sebagainya..

Jom harini saya ceritakan bagaimana nak mendapatkan anak bijak dan mempunyai IQ yang tinggi. Seperti  yang kita ketahui, semasa bayi dalam kandungan, apa yang ibu makan, itulah yang bayi akan dapat. Jadi, jika ibu makan makanan yang berkhasiat, Insyaallah bayi turut mendapat khasiatnya..Jika ibu hamil makan makanan yang merapu?? Sudah tentu effect nya pada bayi juga.

Friday 21 February 2014

Keperluan Protien Untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum semua....

Hari ni sy nak share kenapa protien sangat penting untuk ibu hamil..Selalunya apabila seseorang tu tahu dirinya hamil, pasti bergegas nak beli susu kan..Ini supaya kandungan sihat, mahukan sumber protien, kalsium, energi, iron dan sebagainya.Macam mana nak dapatkan sumber protien yang terbaik??Jawapannya adala ESP(Energizing Soy Protien). ESP adalah serbuk protien yang terbaik yang tidak dihasilkan secara ginetik. Walaupun set asas bagi hamil hamil adalah Vitalea, b-complex, vitamin c dan ostematrix, tetapi penambahan ESP juga adalah penting bagi memastikan ibu hamil mendapat sumber protien yang mencukupi..

Antara kebaikan ESP untuk ibu mengandung:

Thursday 20 February 2014

Tips Mengatasi Bengkak Kaki Ketika Hamil




Antara masalah yang sering dihadapi oleh ibu mengandung adalah bengkak kaki. Badan kita menghasilkan kira-kira 50% lebih cecair dalam badan untuk memenuhi keperluan bayi yang sedang berkembang.

Wednesday 19 February 2014

Lima Tips Segar Sepanjang Hamil



Kekal cergas dan dapat memberi komitmen pada kerja adalah harapan setiap ibu hamil. Amalan yang patut di amalkan adalah dengan bersenam. Senaman memang bagus untuk ibu hamil kerana terdapat pelbagai manfaat di sebaliknya. Antara manfaat yang anda akan perolehi adalah:

Tuesday 18 February 2014

Hadiahkan Kepada Ibubapa Advanced Health Tablet untuk atasi Sakit Sendi

Sering kali kita dengar orang tua-tua sakit lutut..tak boleh nak bengkok kaki..Apatah lagi nak panjat tangga..Bagi yang ada ibu bapa yang mengalami masalah sendi, jadi inilah masanya kita sebagai anak yang prihatin untuk hadiahkan pada mak ayah Anvanced Joint Health Tablet.


Joint Health Tablet bertindak mengurangkan ketidakselesaan sendi.

Monday 17 February 2014

Kelebihan Mendaftar dengan Group Jutawan Ummigenius

Assalamualaikum semua..





Kerap kali orang bertanya, mengapa nak kena daftar ahli, saya bukan nak berjual?Saya boleh beli dari SID Saklee...Tahukah anda, alangkah ruginya jika anda berfikiran sedemikian kerana terdapat banyak sangat faedah dengan menjadi ahli Shaklee ni..Antaranya adalah cashback. Jika anda membeli sesuatu produk,anda akan mendapat point, macam kita kumpul point utk JCard(Jusco), Tesco Card, Giant Card, Bonuslink dan sebagainya. Begitulah juga dengan Shaklee. Beli dan dapat point. Dengan minimum uv 150 (point), anda boleh dapat cashback rm25++. Jika anda bukan ahli siapa yang akan dapat cashback ni??Tentunya pengedar yang jual kepada anda..Rugi kan??

Mengapa anda WAJIB mendaftar dengan Group Jutawan kami??

Sunday 16 February 2014

SUPPLEMEN VS MAKANAN SUNNAH

Supplemen Shaklee adalah makan barat??Ada ramai yang bertanya mengapa ambil makanan barat, sedangkan ada makanan sunnah..Apakah hukumnya..Haram ke..
Sebenarnya dalam Al-Quran sendiri menyatakan "Makanlah makanan yang Halal dan baik" Jika kita mendalami ilmu Islam khususnya ilmu Al-Quran dan hadis, nescaya kita dapat memahami dengan baik hadis dan Al-Quran . Oleh itu, tiada salahnya mengambil supplemen yang memberi kesan baik kepada kita malah hukumnya harus dari segi syara' .



Friday 14 February 2014

Vitamin Terbaik Untuk Mengatasi Badan Letih dan Lesu

Gaya hidup seseorang itu amatlah mempengaruhi tahap kesihatan..Jika tidak mengamalkan hidup yang sihat,pergi kerja matahari tak terbit lagi,pulang dari kerja pula matahari dah tengelam..langsung tiada masa untuk beriadah dan mengeluarkan peluh..macam mana toksik dalam badan nak keluar kan..Bila toksik dalam badan banyak berkumpul, badan mulalah rasa lesu dan tidak bermaya..Antara punca-punca lain yang menyebabkan badan seorang itu rasa lemah dan lesu adalah:





1) Tidak Mengambil Sarapan Pagi

Anda mesti ambil sarapan pagi walaupun sekepi roti. Ini supaya tenaga dapat dibekalkan pada waktu pagi dan anda lebih fokus dalam melakukan kerja sebelum anda mengambil makanan tengah hari.

Thursday 13 February 2014

Impian Menjadi Master Shaklee

Setiap orang pasti mempunyai impian untuk mencapai sesuatu yang tertinggi dalam kehidupana mereka. Macam zaman belajar dulu kita selalu berkejar-kejar ingin mendapat nombor 1, selalu ingin mendapat semua A dalam setiap subjek, ingin mendapat 4flat dalam setiap sem dan sebagainya. Dalam Shaklee juga ada peringkat2 juga tau..Peringkat yang tertinggi adalah Master. Jadi saya sangat mengimpikan untuk menjadi Master dalam Shaklee pada tahun 2014.




Tuesday 11 February 2014

Kaedah Banyakkan Susu Ibu Secara Semulajadi

Terdapat banyak cara untuk memperbanyakkan  susu ibu selain amalan moden seperti pengambilan ubat di farmasi atau mengambil suplemen. Kaedah tradisional atau semulajadi juga boleh diamalkan. Antara amalan yang boleh di amalkan secara semulajadi adalah seperti berikut:


1.  Bunga Melur dan Pucuk Manis


Giling daun bunga melur atau daun pucuk manis sehingga halus dan tampal di sekeliling payudara pada waktu pagi sebelum mandi. Pastikan anda mencuci payudara sebelum menyusukan bayi anda.

Tips Banyakkan Susu Badan Sehingga Memancut-mancut

Menyusukan bayi sehingga 2 tahun adalah idaman bagi setiap ibu bapa kerana susu ibu adalah anugerah tuhan yang tidak ternilai harganya. Setiap titisan ibu adalah ibarat titisan emas. Ramai para ibu yang kecundang untuk menyusukan bayi kerana tidak tahu cara atau kekurangan ilmu untuk menjalankan sesi penyusuan. Sejurus anda melahirkan bayi, jangan berharap susu anda akn terus keluar memancut-mancut..Pada masa ini, hanya kolustrum sahaja yang keluar.. Dengan beberapa kaedah atau tips yang akan saya kongsikan nanti, pasti susu anda memancut-mancut pada hari seterusnya. 

Monday 10 February 2014

Diari Seorang Pengedar Shaklee

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..

Seperti yang kita telah ketahui, sekarang ni, telah lahir ramai pengedar Shaklee..Ini menunjukkan satu fenomena yang amat baik sekali, kerana kita telah mempunyai kesedaran untuk menjaga kesihatan sejak dari muda lagi., termasuklah saya sendiri. Alhamdulillah, saya telah dipertemukan dengan Shaklee. Shaklee telah membantu saya dan keluarga hidup dengan lebih sihat dan gembira. Yela, kalau sakit sudah tentu kita sedih, kehidupan pun menjadi hambar.. Jika kita sihat, mudah untuk menguruskan rumah tangga, anak2 dan yang paling penting mudah untuk kita beribadah..

Kenapa Saya Pilih Shaklee

Dalam banyak2 syarikat suplemen, mengapa saya pilih Shaklee??Sebelum saya mengambil keputusan untuk memilih Shaklee untuk keluarga saya, saya membuat sedikit kajian tentang Shaklee ni dahulu..Tentang status halal, kandungan produk, keberkesanan produk dan sebagainya.

Pertama sekali, produk Shaklee ini adalah HALAL dan telah diiktiraf oleh ISA (Islamic Service of America) iaitu satu badan yang telah dilantik oleh JAKIM Malaysia untuk memberi sijil halal. Jadi, saya menggunakan produk Shaklee dengan penuh keyakinan dan tanpa was-was.


Sunday 9 February 2014

Perkembangan janin

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan




Bulan pertama

Kandungan ketuban merupakan kumpulan air ketuban yang terbentuk mengelilingi telur yang telah disenyawakan. Ia membantu bayi berada dalam keadaan selesa semasa di dalamnya sepanjang kehamilan.Uri yang terbentuk adalah bulat dan leper.Organ ini memindahkan zat makanan daripada anda kepada bayi dan menjadi perantara bahan buangan daripada bayi.

Wajah primitifnya mula terbentuk dengan bulatan besar gelap yang merupakan matanya.Mulut,rahang bawah dan tekak turut terbina.Begitu juga degan sel darah. Di akhir bulan kehamilan, bayi adalah sekitar 6mm-7mm iaitu sama seperti sebutir beras.

Saturday 8 February 2014

Khasiat Minyak Ikan kepada Ibu Hamil

Assalamualaikum semua..Salam ceria untuk anda yang saya sayangi. Harini nak kongsi tentang kebaikan Omega ataupun minyak ikan..Apa kelebihannya pada ibu hamil..penting sangat ke?

Thursday 6 February 2014

Peluang Menjana Pendapatan Dengan Shaklee untuk Orang Sabah dan Sarawak

Terdapat berita paling menggembirakan bagi warga Sabah dan Sarawak kerana baru-baru ini pihak Shaklee telah mengumumkan satu berita bahawa harga Shaklee adalah sama dengan Semenanjung...Wow!!macam tak sangka sebab biasa kalau kita beli barangan mesti harga Sabah dan Sarawak akan lebih tinggi berbanding Semenanjung. Sekarang sama?

Kombinasi Vitamin Untuk Kulit Gebu dan Cantik

Secara lumrahnya, setiap wanita menginginkan kulit yang cantik dan gebu. Sebaik-baiknya adalah kecantikan itu lahir dari dalam dan luar. Maksudnya, memulihkan bahagian dalaman dan mencantikkan bahagian luar. Yang penting sihat dan cantik...Terdapat wanita di luar sana yang terlalu ghairah ingin cantik sehingga mengabaikan kesihatan dengan menggunakan produk yang berbahaya dan mengandungi bahan kimia.

Wednesday 5 February 2014

Rahsia Wanita Perancis Tidak Gemuk

Walaupun wanita Perancis suka makan pasta,daging dan makanan yang menggemukkan,tapi kenapa mereka berbadan langsing macam anak dara..Bukan sahaja badan mereka langsing, malah mereka tidak mendapat penyakit diabetis atau penyakit jantung.Nak tahu rahsia mereke??

Monday 3 February 2014

Multivitamin Terbaik------ Vita Lea Shaklee

Kenapa VitaLea Sklee adalah multivitamin terbaik??




Vita Lea Shaklee adalah multivitamin tau  multimineral yang PERTAMA DICIPTA DI DUNIA...

Saturday 1 February 2014

Vitamin Terbaik untuk Ibu Mengandung---VITA LEA SHAKLEE

Bagi ibu mnegandung,  sangatlah penting untung menjaga kesihatan sepanjang tempoh kehamilan. Terutamanya hemoglobin yang selalu sangat dirisaukan oleh para ibu. Takut hemoglobin (HB) rendah..Sebab bila rendah, kena marah dengan nurse..huhu..