Tuesday 11 February 2014

Tips Banyakkan Susu Badan Sehingga Memancut-mancut

Menyusukan bayi sehingga 2 tahun adalah idaman bagi setiap ibu bapa kerana susu ibu adalah anugerah tuhan yang tidak ternilai harganya. Setiap titisan ibu adalah ibarat titisan emas. Ramai para ibu yang kecundang untuk menyusukan bayi kerana tidak tahu cara atau kekurangan ilmu untuk menjalankan sesi penyusuan. Sejurus anda melahirkan bayi, jangan berharap susu anda akn terus keluar memancut-mancut..Pada masa ini, hanya kolustrum sahaja yang keluar.. Dengan beberapa kaedah atau tips yang akan saya kongsikan nanti, pasti susu anda memancut-mancut pada hari seterusnya. 


Pasti anda nak tahu rahsianya kan?? Rahsia utamanya adalah keazaman dan komitmen anda sendiri. Jika anda berazam ingin menyusukan bayi anda secara eksklusif, pasti anda mampu memberi komitmen sepenuhnya untuk menjayakan sesi penyusuan tersebut. Jom kita selongkar tips-tips lain bagaimana nak memperbanyakkan susu sehingga memancut-mancut ni..

1) Sebaik sahaja anda melahirkan bayi anda, pesan dengan nurse yang bertugas untuk anda susukan bayi anda. Bagi hospital yang Rakan bayi, sejurus anda melahirkan, bayi anda akan diletakkan dalam dakapan anda untuk berada di pelukan anda. Setelah bayi anda dibersihkan, bayi anda akan diberikan kepada anda untuk disusukan. Elakkan penggunaan puting, sudu,susu formula kepada bayi anda.

2) Susukan bayi anda sekerap yang boleh. Pastikan setiap kali hisapan, payudara anda dikosongkan sepenuhnya. Jika bayi anda hanya menghisap susu sedikit sahaja, anda boleh pam keluar susu anda menggunakan pengepam susu.Pastikan payudara anda benar-benar kosong supaya tidak menganggu penghasilan susu seterusnya.

3) Anda perlu minum air kosong 3-4liter sehari.Macam mana anda nak kenal pasti berapa banyak anda minum?Contohnya kita sukat menggunakan botol mineral..Mesti habiskan 2botol mineral yang setiap satunya 1.5liter. Jadi, 2botol 3liter kan..Patikan sekurang-kurangnya kita habiskan 2botol mineral ni.Jika kita kurang  minum air, badan kita tidak mampu menghasilkan susu yang banyak kerana komponen  utama susu adalah air. So, jangan mengelat dari pengambilan air ye..

4) Pasang niat untuk menyusukan bayi anda secara eksklusif selama 6bulan dan diteruskan sehingga 2 tahun seperti yang digalakkan dalam Islam. Target seperti ini adalah amat penting untung memotivasikan para ibu untuk menyusukan bayi.

5)  Bagi wanita yang bekerjaya, perlu ada penetapan waktu mengepam seperti setiap 3 jam sekali. Ketetapan waktu mengepam ini adalah sama penting dengan kekerapam mengepam. Ini kerana masa yang tidak konsisten menyebabkan badan sukar untuk mengatur penghasilan susu. Jadi, tetapkan waktu mengepam anda, dan konsisten untuk mengepam pada waktu yang sama.

6) Bagi ibu menyusu, pemakanan perlulah dijaga. Ibu menyusu perlu mengambil makanan yang berkhasiat dan elakkan pengambilan makanan merapu seperti makanan ringan. Untuk lebih bagus, para ibu digalakkan mengambil set penyusuan Shaklee kerana semua vitamin dan mineral yang diperolehi oleh ibu, Insyaallah akan diperolehi oleh bayi juga.

7) Bagi yang kekurangan ilmu, dan zero tentang penyusuan ini, memasuki kelas laktasi amatlah dialu-alukan. Asas penyusuan adalah amat penting untuk menyokong anda melakukan penyusuan secara eksklusif. Kawan-kawan dan kumpulan dalam kelas penyusuan juga mampu memberi anda semangat untuk anda menyusukan bayi.

8) Elakkan stress sama ada di tempat kerja atau dirumah. Ini kerana emosi sangat mempengaruhi pengeluaran susu. Jika anda stress, susu tidak dapat dihasilkan dengan baik. Bertenang dalm setiap perkara dan yakin bahawa susu itu cukup untuk bayi anda. (Pengambilan B-Complex boleh membantu anda mengelakkan stress)

9) Sambil mengepam atau menyusukan bayi, banyakkan berzikir "Ya Wahhab", ''Ya Razzaq" supaya Allah melimpahkan rezeki anda dan anak anda  melalui susu yang dihasilkan mencurah-curah.

10) Banyakkan berdoa untuk meminta pertolongan kepada Maha Pencipta supaya niat baik anda dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.


Lakukan sesi penyusuan sesuatu yang menggembirakan

Semoga dengan tips-tips yang dikongsikan dapat membantu anda dalam menjalani detik-detik penyususan anda dan si manja anda. Ini kerana, tempoh 2tahun bukanlah masa yang singkat untuk anda. Berusahalah untuk melakukan satu demi satu tips atau rahsia untuk memperbanyakkan susu ibu. Jangan mudah mengalah jika ditimpa dugaan..

Jika anda berminat untuk mengambil set penyusuan Shaklee, adalah amat digalakkan untuk anda mengamalkan tips diatas kerana set penyusuan ini bukanlah ubat magic yang apabila kita makan boleh susu memncut-mancut. Set Penyusuan Shaklee adalah membantu ibu menyusu mendapatkan zat, vitamin dan mineral yang lengkap bagi memastikan ibu sihat dan bertenaga. Kita tidak mahu, dek kerana ingin menyusu bayi, badan ibu sendiri kekurangan zat. Jika badan ibu sihat, aktiviti penyusuan juga dapat dilakukan dengan jayanya. Sebagai bonus juga, susu juga menjadi lebih pekat dan tidak perlu bayi menempel semalaman.=)




Berminat nak dapatkan Set Penyusuan Shaklee?Hubungi saya di 0132066496(nurul). Insyaallah, tips penyusuan lebih lanjut akan saya kongsikan. Tidak lupa juga, harga ISTIMEWA akan diberikan..



Salam sihat& cantik,
Pn Nurul
Shaklee Indipendent Distributor (ID No: 910815)
sms/whatsapp-013-2066496

No comments:

Post a Comment