Sunday 17 November 2013

Cara Membersihkan Bayi



Membersih dan memandikan bayi adalah tugas yang amat menyeronokkan. Melihat mereka seronok berada di dalam air membuatkan aktiviti mandi adalah aktiviti yang paling menyeronokkan. Namun begitu, aspek keselamatan perlu dititikberatkan.

Antara tip untuk membersihkan Bayi:




  • Sehingga bayi berusia 6 bulan,  sentiasa menggunakan air didih yang disejukkan untuk mencuci mata, telinga, mulut dan mukanya.
  • Hanya membersihkan bahagian yang anda lihat sahaja. Jangan cuba membersihkan lubang atau telinga bayi. Ini hanya akan menolak kekotoran masuk kembali ke dalam hidung atau telinga.
  • Bagi bayi lelaki, jangan menolak kulit khatannya ke belakang untuk membersihkan bahagian dalamnya, kerana ini mungkin akan mencederakan  atau merosakkan kulit tersebut.
  • Bagi bayi perempuan, jangan sesekali memisahkan bibir farajnya untuk membersihkan bahagian dalamnya. Anda mungkin akan mengganggu aliran semulajadi mukus yang membawa keluar bakteria.
  • Bagi bayi perempuan, apabila anda ingin mengelap di bahagia lampin, sentiasa lap dari bahagian hadapan, ke belakang., untuk mengelakkan jangkitan kuman.
  • Akhir sekali, sentiasa membersihkan punggung dengan menggunakan kapas yang dicelup di dalam air suam. Gunakan kapas yang baru untuk setiap pengelapan.
Selamat memandikan bayi anda dengan penuh keterujaan!

Sumber:Pa&Ma

No comments:

Post a Comment