Friday 2 May 2014

Bahaya Tekanan Darah Rendah pada Ibu Mengandung

Seorang wanita mengandung akan mengalami perubahan fizikal dan fisiologi termasuklah melibatkan sistem peredaran darah atau tubuh. Semasa mengandung para ibu yang mengalami tekanan darah rendah adalah akibat daripada perubahan hormon yang menyebabkan saluran darah mengembang. 



Semasa hamil juga, jantung akan bekerja mengepam darah kepada rahim dan bayi dalam kandungan dengan lebih kuat. Menurut Dr Kamsuraini, jumlah darah yang dipam oleh jantung meningkat sebanyak 45 peratus apabila janin berusia 24minggu. Oleh sebab itu, wanita hamil cenderung mengalami pitam semasa trisemester pertama dan kedua.

Bagi wanita hamil yang sering mengalami pitam, antara perkara yang disaran kan oleh Dr. Zubaidi adalah:

1. Duduk atau baring jika merasa pening untuk mengelakkan terjatuh
2. Elakkan posisi duduk atau berdiri dengan pantas
3. Berbaring ke sebelah kanan boleh membantu peredaran darah ke jantung.

Semasa awal kehamilan juga,para ibu hamil sering mengalami alahan, loya dan muntah.  Rasa loya dan muntah ini dapat dikurangkan dengan mengubah tabiat pemakanan.

1. Makan dan minum dalam kuantiti yang kecil, tetapi kerap.
2. Makan biskut kraker atau roti bakar sebelum bangun dari katil bagi mengelakkan pitam, loya atau muntah.
3. Minum minumanan isutonik kerana ia ideal untuk menggantikan garam leketrolit yang mungkin hilang akibat muntah yang berpanjangan.

Jika anda mengalami masalah tekanan darah rendah, loya atau muntah secara berpanjangan, dapatkan nasihat doktor secepat yang mungkin. Ini kerana, ia boleh membahayakn diri anda serta kandungan di dalam perut.

Dapatkan suppelmen atau vitamin yang dapat membantu anda mengurangkan masalah tekanan darah rendah, loya atau muntah semasa awal kehamilan.

Jika anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee yang semulajadi tanpa bahan pengawet, boleh hubungi saya selaku pengedar sah Shaklee.
Anda boleh sms/whtaspp ke 0132066496 (nurul)

No comments:

Post a Comment