Wednesday 12 March 2014

Kaedah Terbaik semasa Penyusuan Susu Ibu

Seperti yang kita ketahui,susu ibu adalah susu yang terbaik..Jadi,perlulah diketahui oleh para ibu,kaedah yang terbaik semasa penyusuan supaya anda dan si kecil anda berasa selesa..




1)Pastikan mulut bayi anda berada pada areola dan bukan setakat di puting sahaja,kerana jika bayi anda menghisap pada bahagian puting sahaja,puting anda akan berasa sakit dan perit.


2) Tekap payudara anda dengan kain basah dan suam selama 3-5minit sebelum penyusuan untuk membantu pengaliran susu.

3) Pastikan bayi dapat bernafas dengan baik semasa penyusuan.

4) Sentiasa membasuh tangan anda sebelum memulakan sesi penyusuan.

5) Jangan gunakan alkohol atau produk lain pada payudara anda kerana ia boleh memudaratkan payudara anda.

6) Bagi mengelakkan kesakitan pada payudara anda,sapukan beberapa titis susu anda sendiri di sekeliling puting anda setelah selesai menyusu dan biarkan kering..


7)  Jangan sesekali berikan susu botol sebagai susu tambahan  kepada bayi anda kerana ia menyebabkan bayi anda kurang minum susu ibu dan seterusnya menyebabkan susu ibu berkurang.

Selamat beramal ye kawan2..

No comments:

Post a Comment