Wednesday 15 January 2014

Bayi Susu Ibu Tembam adalah Mitos??

Secara umumnya, bayi yang disusukan dengan susu ibu akan mengalami pertambahan berat badan yang mendadak pada 2-3 bulan pertama selepas kelahirannya. Kemudian pertambahan berat badan bayi menjadi semakin perlahan. Kadangkala dapat dilihat bayi yang disusui susu ibu lebih rendah berbanding susu formula.





Perlu diketahui bahawa bayi yang menyusu susu ibu lebih ramping dan tidak tembam berbanding bayi yang menyusu susu formula adalah normal. Mengapa berlaku sedemikian??


1) Kandungan gula dalam susu formula adalah lebih tinggi berbanding susu ibu. Ini menyebabkan bayi disusui susu formula lebih tembam kerana kandungan gula yang berlebihan dalam tubuh bayi akan bertukar menjadi lemak menyebabkan bayi tersebut mengalami kegemukan. 


2) Bayi yang menyusu susu formula seringkali dipaksa untuk menghabiskan susu yang diberi. Ini menyebabkan bayi mendapat susu lebih dari yang diperlukan. Ini amat berbeza dengan bayi yang menyusu susu ibu. Bayi akan menghisap susu mengikut keperluannya. 


3) Susu formula mengandungi 50% lebih protien berbanding susu ibu. Namun, protien dalam susu formula tidak mengandungi immunoglobulin untuk pertahanan si manja.



Oleh itu, anda jangan risau  jika anak anda kurus dan ramping. Yang penting anak anda aktif, sihat dan bijak. Ini kerana, 80% daripada perkembangan otak bayi berlaku pada dua tahun pertama kelahirannya. 


Saya amat menyarankan para ibu menyusukan bayi dengan susu ibu sehingga umur 2tahun.


Semoga anda menjadi ibu yang tabah untuk menyusukan anak sehingga 2 tAhun.

No comments:

Post a Comment