Tuesday 21 January 2014

Tips Menyusukan Anak Semasa Mengandung

Ada yang bertanya, bolehkah saya menyusukan anak saya sedangkan saya mengandung?

Tiada masalah jika anda ingin menyusukan anak anda semasa anda mengandung asalkan anda dan kandungan anda sihat. Jika doktor telah mengesahkan anda dan kandungan anda berada dalam keadaan stabil, jadi tiada masalah untuk meneruskan penyusuan kepada anak anda.




Terdapat beberapa tips untuk anda menyusukan anak semsa mengandung:


1) Pastikan anda mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. Ibu mengandung memerlukan 200-400 kalori untuk pertumbuhan bayi dalam kandungan. Manakala jika anda mengandung dan dalam masa yang sama anda menyusukan anak, anak perlukan tambahan 600-700 kalori. Oleh itu, pastikan makanan yang anda ambil betul-betul berzat.

2) Jika anda berasa tidak selesa semasa kehamilan, anda boleh menyusukan anak sambil mengiring, dengan meletakkan bantal di belakang anda.

3) Banyakkan minum air kosong untuk menghilangkan loya dan memastikan susu yang dihasilkan untuk anak anda mencukupi.

4) Pastikan anak anda minum susu pada posisi yang betul kerana bagi ibu mengandung, payudara sensitif dan mudah melecet.

5) Jika badan anda terasa letih, rehatlah secukupnya. Mintalah bantuan suami untuk menjaga anak atau membuat kerja rumah.

6) Jika terasa cepat penat dan letih,ambillah supplement untuk membantu anda lebih cergas dan dalam masa yang sama anak dalam kandungan sihat, anak yang menyusu juga mencukupi. 
Semasa mengandung, anda dicadaangkan untuk mengambil SET MENGANDUNG dan ESP bagi  memastikan anda mendapatasid folic, zat besi dan kalsium secukupnya.
ESP juga sangat digalakkan bagi memeriahkan penghasilan susu..
"Susu banyak, anak suka..Ibu gembira"=)

Salam sihat& cantik,
Pn Nurul
Shaklee Indipendent Distributor (ID No: 910815)
sms/whatsapp-013-2066496


No comments:

Post a Comment