Friday 24 January 2014

Vitamin Terbaik untuk Ibu Hamil yang Dicadangkan oleh Doktor

Setiap ibu hamil perlu menitik beratkan pengambilan vitamin dan mineral dalam pemakanan harian. Seiring dengan pertambahan usia kandungan, keperluan nutrian atau khasiat pemakanan turut meningkat. Ini penting bagi menjamin kesihatan anda dan bayi dalam kandungan.





Antara vitamin untuk ibu hamil yang perlu anda ambil adalah:

1) Protien
Sangat penting peranannya dalam menghasilkan sel-sel darah. Boleh diperolehi daripada daging, ikan, telur dan kekacang. 
Suplemen ibu hamil yang boleh dicadangkan adalah ESP yang kaya dengan protien

2) Karbohidrat
Diperlukan untuk membekalkan tenaga pada ibu hamil setiap hari, sekaligus menjadikan tubuh tidak mudah penat.

3) Kalsium
Ketika hamil, kalsium amat penting untuk membantu pertumbuhan bayi serta melindungi ibu hamil daripada osteoporosis. Jika keperluan kalsium untuk ibu hamil  tidak mencukupi, kekurangan kalsium itu akan di ambil dari tulang anda. Makanan yang mengandungi kalsium adalah sayur-sayuran hijau dan kekacang. Saat ini, kalsium paling baik adalah diperoleh dari susu serta produk olahannya. Susu juga mengandungi jumlah vitamin yang tinggi untuk ibu hamil sepeti A,D,B2, B3 dan Vitamin C.

4) Zat Besi
Sangat penting dalam membantu proses menghasilkan sel-sel merah. Paling utama lagi ialah mencegah timbulnya anemia. Terdapat sayur-sayuran hijau seperti bayam, kangkung, daging dan hati.

5) Asid Folik
Berdasarkan penemuan pakar kesihatan, ibu hamil yang kekurangan asid folik besar risikonya mengalami keguguran atau kerosakan pada janin.

6) Vitamin B-Compleks
Berguna untuk menjaga sistem saraf, otot dan jantung agar berfungsi secara normal. Boleh diperoleh daripada biji-bijian, kekacang,sayur-sayuran hijautelur dan produk susu.

7) Vitamin D
Bermanfaat untuk pertumbuhan dan pembentukan tulang bayi anda. Sumbernya terdapat dalam minyak hati ikan, kuning telur dan susu.

8) VitaminE
Ia berguna bagi pembentukan sel darah merah yang sihat.Ibu hamil amat digalakkan mengambil biji-bijian terutamanya gandum, kekacang, minyak sayur dan sayur-sayuran hijau.

Jika anda risau samada nutrien yang anda ambil cukup atau tidak,saya mengesyorkan anda mengambil suplemen ibu hamil yang terbaik dan semulajadi yang halal dan selamat.

Suplemen ibu hamil yang digalakkan ambil semasa Trisemester pertama:





Suplemen ibu hamil yang digaalakkan untuk diambil semasa kandungan berada pada trisemester 2.




Semoga dengan pengambilan makanan yang berkahsiat dan bantuan suplemen ibu hamil ini,anda dan anak dalam kandungan anda sihat dan cergas.

No comments:

Post a Comment