Friday 24 January 2014

Tips Memberi Anak Makanan Pejal Supaya Elak Bahaya

Wah, gembiranya, anak telah pun berusia 6 bulan dan boleh diberikan dengan makanan pejal..Berikut adalah 10 perkara yang perlu diambil kira oleh semua ibu bapa sebelum memberi makan makanan pejal kepada anak anda:






1. Bayi berusia enam hingga lapan bulan perlu diberi makanan pejal dua hingga tiga kali sehari.
2. Jangan sesekali mendesak anak anda makan dengan banyak sekaligus. Berikan bayi anda belajar untuk makan makanan pejal.
3. Makanan yang sesuai untuk bayi berusia 6 bulan adalah puri. Puri tersebut boleh dicairkan dan campurkannya bersama susu ibu.
4. Buah-buahan seperti epal, pisang, labu, lobak merah dan kentang sesuai dijadikan puri.
5. Pada peringkat permulaan, elakkan memberi makanan yang boleh menyebabkan alergi seperti kaju, kacang, makanan laut dan telur.
6. Jangan sesekali menambah garam atau gula dalam makanan kerana buah pinggang nya masih belum bersedia untuk memproses bahan tersebut.
7. Mulalah memperkenalkan makanan berbentuk jejari selepas anak anda semakin pandai makan iaitu sekitar usia 8bulan.
8. Jika anak anda menolak makanan pejal yang anda berikan padanya, jangan terus marah. Mungkin bayi anda masih belum boleh menerima makanan tersebut. Apa yang penting ibu bapa jangan cepat putus asa.
9. Ketika memperkenalkan makanan pejal kepada anak anda lakukan selama 3-7 hari untuk menu yang sama untuk melihat tindakbalas tubuh anak anda terhadap makanan tersebut.
10. Sekiranya anak anda demam atau sakit, berikannya minum banyak air dan makanan yang digemarinya.

Contoh resipi puri epal yang anda boleh cuba..






Terima kasih kerana sudi membaca...=)

No comments:

Post a Comment