Thursday 23 January 2014

Payudara Sihat, Penyusuan Hebat

Pelbagai cara boleh dilakukan agar payudara kekal menarik. Ini dapat dilakukan dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat yang selanjutnya menjadi penentu kecantikan payudara yang diimpikan, malah impian untuk menyusukan anak dapat dijayakan dengan tanpa melalui banyak rintangan.




Terdapat teknik2 yang boleh diamalkan semasa hamil, semasa menyusu dan setelah bercerai susu bagi penjagaan payudara yang cantik.


Semasa Hamil
-Penjagaan payudara seharusnya sejak awal kehamilan lagi. Ini kerana kehamilan yang meningkat usia akan menyebabkannya mengalami regangan. Dalam tempoh 28 minggu kehamilan, anda akan mendapati payudara anda berat. Hal ini berpunca daripada proses awal penghasilan kolostrum.

- Anda digalakkan untuk menyapu minyak tanpa bahan kimia bagi mengelakkan masalah regangan di payudara. Ini bagi memastikan payudara sihat, anjal dan kekal cantik.

- Biasakan diri memakai coli yang selesa. Sebaiknya, sarungkan coli yang mempunyai sokongan yang baik seperti tali coli mestilah lebar supaya berupaya menampung payudara yang dimiliki.

- Aspek kebersihan payudara semasa hamil juga jangan diabaikan. Ketika mandi, bersihkan puting dengan menggosoknya menggunakan jari jemari sehingga daki yang melekat mampu disingkirkan.

Sepanjang Tempoh Penyusuan
-Susu ibu mudah dihasilakn sebaik sahaja anda melahirkan bayi. Dalam tempoh hari pertama hingga ke3 atau ke5, susu awal akan dikeluarkan untuk memenuhi keperluan bayi. Walaupun pada tempoh ini payudara anda tidak berat, namun anda tetap perlu memakai coli yang selesa sebagai asas sokongan.

- Selepas hari ke5, payudara anda akan menjadi lebih berat. Hal ini berlaku kerana ia mula menampung  susu ibu yang matang. Dalam tempoh ini, anda perlu memakai coli setiap masa supaya payudara sihat dan  tidak kendur pada masa hadapan. 
Coli penyusuan adalah kunci utama payudara sihat. Elakkan penggunaan coli berdawai sepanjang menyusukan anak kerana ia boleh menyekat salur susu sehingga menjejaskan pengalirannya.

Setelah Bercerai Susu
-Ada tanggapan bahawa selepas bercerai susu, payudara akan menjadi kendur. Hal ini tidak mungkin terjadi jika mengamalkan penjagaan payudara sejak dari awal lagi. Selapas bercerai susu, digalakkan lebih kerap melakukan senaman khas untuk payudara.

Antara senaman yang boleh dilakukan

  • Urutan
Lakukan urutan payudara mengunakan minyak tanpa bahan kimia. Urutan perlu dihalakan keatas. Lakukan sambil berbaring diantara 10-15minit sebelum atau selepas bangun tidur.
  • Senaman Lengan
Halakan tangan kehadapan sambil lengan kanan memegang lengan kiri.Manakala lengan kiri memegang lengan kanan. Lakukan gerakan dengan menolak kedua-dua lengan berkenaan. Ketika ini payudara berasa tegang.Ulangi sehingga 20kali.

  • Regangan Belakang
Depakan kedua lengan separas dengan bahu. Kemudian, gerakkan ke arah belakang badan. Senaman ini akan menegangkan payudara. Lakukan gerakan tersebut sebanyak 10kali dan tambahkan jumlah gerakan apabila anda telah kerap melakukan senaman ini.

"Selamat beramal"






No comments:

Post a Comment