Thursday 20 February 2014

Tips Mengatasi Bengkak Kaki Ketika Hamil




Antara masalah yang sering dihadapi oleh ibu mengandung adalah bengkak kaki. Badan kita menghasilkan kira-kira 50% lebih cecair dalam badan untuk memenuhi keperluan bayi yang sedang berkembang.


Ia adalah sesuatu yang normal terutamanya bagi kandungan yang berusia 7 bulan dan ke atas. Tetapi jangan  risau, masalah kaki bengkak ketika hamil akan hilang semasa bayi dilahirkan.

Terdapat beberapa cara untuk mengatasi kaki bengkak ketika hamil:




1. Ketika berbaring, pastikan kaki anda lebih tinggi daripada kepala dan jantung. Lapikkan kaki anda dengan bantal yang lebih tinggi untuk melancarkan peredaran darah.
2. Elakkan daripada berdiri atau duduk terlalu lama.
3. Elakkan daripada mengambil minuman yang berkafien.
4. Sebelum turun daripada katil pada waktu pagi, pakailah seluar stoking sokongan (support tights) supaya darah tidak berkumpul disekeliling buku lali.
5. Kerap melakukan senaman ringan seperti berjalan, berenang atau berbasikal.
6. Makanlah makanan yang berkhasiat dan elakkan makanan yang mengandungi garam yang tinggi seperti telur masin, ikan masin dan jeruk sayuran.
7. Elakkan dari memakai kasut yang bertumit tinggi dan bertali kerana ia akan mengganggu sistem peredaran darah.
8. Tekapkan ais pada kawasan yang bengkak.


Jika anda berminat untuk mendapatkan SET MENGANDUNG boleh hubungi saya di 0132066496(nurul)


Salam sihat& cantik,
Pn Nurul
Shaklee Indipendent Distributor (ID No: 910815)
sms/whatsapp-013-2066496
fb:  https://www.facebook.com/FarmasiPakarSihatDanCatik


No comments:

Post a Comment