Sunday 9 February 2014

Perkembangan janin

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan




Bulan pertama

Kandungan ketuban merupakan kumpulan air ketuban yang terbentuk mengelilingi telur yang telah disenyawakan. Ia membantu bayi berada dalam keadaan selesa semasa di dalamnya sepanjang kehamilan.Uri yang terbentuk adalah bulat dan leper.Organ ini memindahkan zat makanan daripada anda kepada bayi dan menjadi perantara bahan buangan daripada bayi.

Wajah primitifnya mula terbentuk dengan bulatan besar gelap yang merupakan matanya.Mulut,rahang bawah dan tekak turut terbina.Begitu juga degan sel darah. Di akhir bulan kehamilan, bayi adalah sekitar 6mm-7mm iaitu sama seperti sebutir beras.


Bulan kedua

Ciri wajah bayi mula berkembang.Telinganya terbentuk melalui lipatan kulit tepi telinga. Tangan,kaki,jari dan mata mula terbentuk. Tiub neural (otak,saraf tunjang, dan tisu saraf lain dalam sistem saraf pusat )juga terbentuk.

Selain itu,saluran pencernaan dan organ2 deria mula berkembang. Tulang pula terbentuk menggantikan rawan. Bayi juga sudah mula bergerak tau...cuma anda tidak dapat merasainya.Saiz bayi ketika ini kira-kira 2.54cm dan beratnya 9.45g.

Bulan Ketiga

Di akhir te tempoh bulan ketiga, bayi sudah terbentuk sepenuhnya. Bayi sudah mempunyai jari, lengan, tangan , kaki dan jari kaki. Dia boleh membuka mulut dan genggaman tangannya. Telinga luarannya juga sudah ada. Begitu juga dengan organ reproduktifnya tetapi masih sukar di kenalpasti ketika ujian imbasan dilakukan. Di akhir bulan ketiga juga, panjang bayi sekitar 7.6cm hingga 10cm dan beratbya 28g.


Bulan Keempat

Jari bayi, kening, kelopak mata,kuku dan rambut mula tumbuh. Sistem saraf juga mula berfungsi. Organ pembiakan dan kamaluan mula terbentuk. Imbasan ultrabunyi ketika inilah yang menentukan jantina anak. Pada akhir bulan keempat,panjang bayi mencapai kira-kira 15cm dengan berat 113g.

Bulan Kelima

Rambut di kepala, rambut halus di bahu, dan belakang badan bayi mula tumbuh. Rambut in berfungsi untuk melindungi bayi dalam kandungan. Anda juga mula merasai gerakan bayi kerana ketika ini bayi cuba mengembangkan ototnya dan cuba membuat pergerakan. Pergerakan pertama di panggil quickening. Di akhir bulan kelima, panjang bayi adalah 25cm dengan berat 500g.

Bulan keenam

Pada akhir bulan keenam, panjang bayi adalah sekitar 30cm dan berat kira2 900g. Kulitnya kini bewarna kemerahan, berkedut dan urat dapat dilihat melalui kulitnya yang nipis. Jari tangan dan kaki seudah jelas kelihatan dan mampu membuka matanya!
Bayi anda mungkin bertindak balas terhadap bunyi2 dengan bergeak balas terhadap bunyi2. 

Bulan Ketujuh

Pada Akhir bulan ketujuh kehamilan, panjang bayi adalah 36cm,dengan berat kira2 900g-1800g. Kini pendengaran bayi telah sempurna dan bayi kerap melakukan perubahan kedudukan. Bayi juga bertindak balas terhadap rangsangan termasuk bunyi, sakit dan cahaya.


Bulan kelapan

Bayi anda kini mempunyai panjang kira-kira 46cm dan berat dalam 2.27kg.Anda mungkin mendapati bayi anda lebih kerap menendang. Otak bayi sedang berkembang dengan pesat pada masa ini dan boleh melihat dan mendengar. Kebanyakan sistem dalaman bayi kini mula berkembang, tetapi paru-parunya masih belum matang sepenuhnya.


Bulan Kesembilan

Menjelang akhir trisemester tiga, bayi akan terus membesar dan matang. Paru-paru bayi kini hampir sempurna sepenuhnya. Refleks bayi anda akan diselaraskan supaya mata nya boleh dikelipkan, menutup mata, memusingkan kepala, menggenggam  dan bertindak balas terhadap bunyi, cahaya dan sentuhan.
Kedudukan bayi anda kini berubah sebagai persediaan untuk anda melahirkan. Ketika ini bayi berada di dalam pelvis dan biasanya kepala menghadap ke bawah ke arah saluran peranakan. Pada akhir bulan kehamilan ini, panjang bayi anda adalah kira-kira 46-51cm dan berat kira-kira 3.2kg.


Kami doakan bagi anda yang sedang hamil, semoga semuanya selamat dan sihat..=)

No comments:

Post a Comment