Wednesday 19 February 2014

Lima Tips Segar Sepanjang Hamil



Kekal cergas dan dapat memberi komitmen pada kerja adalah harapan setiap ibu hamil. Amalan yang patut di amalkan adalah dengan bersenam. Senaman memang bagus untuk ibu hamil kerana terdapat pelbagai manfaat di sebaliknya. Antara manfaat yang anda akan perolehi adalah:


1. Meningkatkan stamina anda semasa bersalin
Dengan mengamalkan senaman ketika hamil,anda tidak mudah letih dan lesu. Ini adalah amat penting semasa proses kelahiran, kerana anda memerlukan stamina yang cukup tinggi untuk meneran bayi keluar dari perut.

2. Membantu anda mengawal pertambahan berat badan dengan baik
Seringkali kita dengar ibu hamil akan mengalami pertambahan berat badan yang mendadak. Ditambah pula dengan selera makan yang begitu meningkat sekali. Jadi, dengan bersenam, anda dapat mengawal berat badan anda.

3. Membolehkan anda pulih dengan kadar segera selepas bersalin kelak.
Dengan bersenam juga, ia membantu anda untuk pulih dengan segera. Semasa di dalam pantang juga anda akan cergas sepanjang hari dan bertenaga untuk menjaga anak.

4. Meningkatkan daya tahan otot yang dapat membantu meneran dengan lancar.
Otot anda akan lebih fleksible jika anda mengamalkan senaman ketika mengandung,untuk memudahkan anda ketika bersalin.

5. Membantu anda meningkatkan tahap kesihatan dan keyakinan diri


Senaman yang boleh diamalkan oleh ibu mengandung:




Semoga amalan senaman dapat memudahkan anda bersalin nanti..Good Luck!=)

Salam sihat& cantik,
Pn Nurul
Shaklee Indipendent Distributor (ID No: 910815)
sms/whatsapp-013-2066496
fb:  https://www.facebook.com/FarmasiPakarSihatDanCatik


No comments:

Post a Comment