Tuesday 11 February 2014

Kaedah Banyakkan Susu Ibu Secara Semulajadi

Terdapat banyak cara untuk memperbanyakkan  susu ibu selain amalan moden seperti pengambilan ubat di farmasi atau mengambil suplemen. Kaedah tradisional atau semulajadi juga boleh diamalkan. Antara amalan yang boleh di amalkan secara semulajadi adalah seperti berikut:


1.  Bunga Melur dan Pucuk Manis


Giling daun bunga melur atau daun pucuk manis sehingga halus dan tampal di sekeliling payudara pada waktu pagi sebelum mandi. Pastikan anda mencuci payudara sebelum menyusukan bayi anda.


2. Kacang Tanah

Kacang tanah mengandungi kandungan protien yang tinggi, zat besi, Vitamin E, Kalsium dan Vitamin B Kompleks dan fosforus. Kandungan protien dalam kacang tanah lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Bagi menambahkan penghasilan susu, anda digalakkan untuk mengambil kacang tanah.

3. Longan Kering

Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh dengan 3cawan air sehingga kembang, kemudian minum airnya.

4. Daun Sirih

Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekap pada payudara. Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.

5. Lobak Putih

Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil-kecil. Kisar hingga halus. Selepas itu, campurkan dengan segelas air suam. Minum sebanyak 2kali sehari.

6. Susu

Banyakkan minum susu dan seelok-eloknya ambil susu 3-4 kali sehari.

7. Nasi panas, halia muda dan air asam

Makanlah nasi bersama halia muda yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air asam.

8. Daun betik muda

Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci sehingga bersih dan rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan tersebut 2-3 kali sehari...




Selamat mengamalkan petua-petua di atas. Jika berminat untuk mengambil set menyusu Shaklee, boleh sms/whatsapp ke 013-2066496(nurul). Saya sebagai pengedar sah Shaklee sentiasa bersedia untuk membantu anda..


No comments:

Post a Comment